Sunday, September 9, 2012

Babyland Cloth Diaper

         
             Semenjak mengetahui fakta tentang Disposable Diaper (lampin pakai buang) ni, saya terus berusaha untuk tidak menggunakannya. Bermula dengan anak pertama saya, saya sudah mula menggunakan Washable Diaper. Memang pelbagai jenama (washable diaper) yang terdapat di pasaran Malaysia ni. Antaranya ialah jenama Babyland ini. Kebetulan berhampiran dengan tempat tinggal saya ada dijual cloth diaper jenama Babyland ini. Setelah berbincang dengan isteri, kami pun mencubanya. Alhamdulillah, kini dah masuk anak ketiga, kami menggunakan cloth diaper jenama Babyland ini.



           Pada awalnya, kami berfikir penggunaan Washable Diaper ni akan menambah kerja kami, yelah kena basuh hari-hari sebab baby nak pakai. Awal-awal memang kelam kabut sebab kami cuma beli 3 je. Kemudian, kami beli lagi 5. Mudah je nak cuci. Mudah juga dikeringkan. Kami lebih prefer jemur dalam rumah je bawah kipas. 3 jam je dah kering. Then ready untuk dipakai lagi.



           Terdapat pelbagai warna serta corak-corak yang menarik disediakan. Anak-anak kami tampak bergaya mengenakannya, Chewah. Promo la pulak. Ada yang sesuai untuk lelaki, ada yang sesuai untuk perempuan. Malah ada yang universal (lelaki boleh, perempuan pun boleh)



            Kesimpulannya, memang saya sendiri mencadangkan pada kawan-kawan sekalian untuk menggunakan cloth diapers. Sangat jimat, baik untuk keselamatan serta kesihatan anak-anak kita, di samping mesra alam juga.



No comments:

Post a Comment