Sunday, September 9, 2012

My Shop

Babyland Plain


Terdapat 7 warna yang menarik iaitu Merah, Jingga, Kuning, Biru, Hijau, Ungu dan Merah Jambu. Setiap satu mengandungi 2 insert

MICROFIBER INSERT DENGAN 
DAYA PENYERAPAN TINGGI

Harga setiap satu + 2 insert adalah RM25
Bagi pembelian sebanyak 8-15 , RM24 setiap satu 
                                           16-39, RM22 setiap satu
                                           40-79, RM20 setiap satu (free postage)
                           80 dan ke atas, RM 18 setiap satu (free postage)





Babyland Printed
 

JEANS

JET FIGHTER

ALL SPORTS

ROCKETS

BLACK STARS

PURPLE BUBBLES

ABC

 

 BLUE  SWIRLY

ORANGE BUBBLES


CUPCAKES

FLOWERS

PURPLE STARS

 
Harga setiap satu + 2 inserts adalah RM28


Bagi pembelian sebanyak 8-15, RM27 setiap satu
                                          16-39, RM25 setiap satu
                                          40-79, RM23 setiap satu (free postage)
                           80 dan ke atas, RM20 setiap satu (free postage)

P.S :
  • Kos penghantaran adalah percuma / free bagi pembelian   21 dan ke atas 
  • Bagi pembelian kurang dari 21, kos penghantaran akan dikenakan 
  • Stok adalah terhad, sementara stok masih ada
  • Cloth diaper yang tinggal adalah jenis yang button sahaja (mudah laras) 
  • Saiz cloth diaper adalah boleh laras, sesuai untuk bayi/ kanak-kanak berat badan 3kg-15kg 

Bagi sebarang pertanyaan serta keterangan lanjut, sila e-mail ke acap2k@yahoo.com

Untuk membeli, ikuti langkah di bawah:

1. Hubungi kami untuk pemeriksaan stok dan membuat tempahan
    E-mail ke acap2k@yahoo.com
    HP : 019-6470076 (Asyraf)

2. Buat bayaran ke akaun berikut:

   Bank: Maybank
   Nama: Mohd Asyraf Kamaruzzaman
   No akaun: 151044133429

3. Selepas bayaran, SMS atau emelkan maklumat:
-Nama
-Alamat Penghantaran (lengkap dengan poskod)
-Jumlah Bayaran
-Masa dan Tarikh Bayaran
-Mod Bayaran (Cash Deposit Machine/Interbank Transfer/ Maybank2u)
-Produk yang dibeli (nyatakan kode/saiz/bilangan)

4. Setelah bayaran disahkan, kami akan buat penghantaran segera.

5. Tempahan akan tiba dalam masa 2-3 hari bekerja dan anak anda akan kelihatan lebih cantik bergaya!



Babyland Cloth Diaper

         
             Semenjak mengetahui fakta tentang Disposable Diaper (lampin pakai buang) ni, saya terus berusaha untuk tidak menggunakannya. Bermula dengan anak pertama saya, saya sudah mula menggunakan Washable Diaper. Memang pelbagai jenama (washable diaper) yang terdapat di pasaran Malaysia ni. Antaranya ialah jenama Babyland ini. Kebetulan berhampiran dengan tempat tinggal saya ada dijual cloth diaper jenama Babyland ini. Setelah berbincang dengan isteri, kami pun mencubanya. Alhamdulillah, kini dah masuk anak ketiga, kami menggunakan cloth diaper jenama Babyland ini.



           Pada awalnya, kami berfikir penggunaan Washable Diaper ni akan menambah kerja kami, yelah kena basuh hari-hari sebab baby nak pakai. Awal-awal memang kelam kabut sebab kami cuma beli 3 je. Kemudian, kami beli lagi 5. Mudah je nak cuci. Mudah juga dikeringkan. Kami lebih prefer jemur dalam rumah je bawah kipas. 3 jam je dah kering. Then ready untuk dipakai lagi.



           Terdapat pelbagai warna serta corak-corak yang menarik disediakan. Anak-anak kami tampak bergaya mengenakannya, Chewah. Promo la pulak. Ada yang sesuai untuk lelaki, ada yang sesuai untuk perempuan. Malah ada yang universal (lelaki boleh, perempuan pun boleh)



            Kesimpulannya, memang saya sendiri mencadangkan pada kawan-kawan sekalian untuk menggunakan cloth diapers. Sangat jimat, baik untuk keselamatan serta kesihatan anak-anak kita, di samping mesra alam juga.



Disposable Diapers VS Washable Diapers (Cloth Diapers)

Kenapa pilih Cloth Diapers?

Ada banyak sebab mengapa kita harus pilih cloth diapers. Ianya lembut pada kulit bayi kita. Ia juga bebas daripada banyak bahan-bahan kimia yang biasanya terdapat dalam lampin pakai buang. 
Secara logiknya, cloth diapers sangat baik dalam kitar semula kerana kita akan menggunakannya berkali-kali sehingga ianya betul-betul lusuh atau rosak. Jadi ianya tidak akan menambah bahan buangan domestik yang sememangnya sangat banyak. Di bawah ini adalah beberapa sebab lain, mengapa kita harus gunakan cloth diapers.

1. Faktor Persekitaran (Environment)
 
Dalam tahun 1997 sahaja, lebih 15 bilion lampin pakai buang dijual dan digunapakai di negara kita. Sepatutnya, untuk tujuan pembuangan, adalah dinasihatkan supaya najis bayi pada lampin pakai buang dibuang terlebih dahulu ke dalam tandas sebelum dibuang  ke dalam tong sampah. Namun, kenyataannya kurang dari 1% yang berbuat demikian. Selebihnya, lampin-lampin pakai buang ini terus dibuang langsung bersama najis-najis bayi dan telah memenuhi sistem pembuangan domestik negara kita. 

Pada tahun itu sahaja, negara terpaksa berbelanja hampir RM500 juta bagi memproses bahan buangan daripada lampin-lampin pakai buang tersebut. Manakala cloth diapers pula biasanya dipakai sehingga 200-300 kali sebelum ianya lusuh ataupun rosak untuk dibuang.

Tiada siapa yang tahu berapa lama masa yang diperlukan agar bahan-bahan buangan ini akan terurai secara semula jadi, tetapi mengikut kajian diperkirakan sekitar 250 sehingga 500 tahun, setelah beberapa generasi cucu cicit kita.

Lampin pakai buang adalah ketiga terbanyak dalam kategori bahan buangan domestik di tempat-tempat pembuangan. Lampin pakai buang menghasilkan lebih 60 kali ganda bahan buangan pepejal serta memerlukan 20 kali ganda bahan untuk memprosesnya.

Lebih 300 pound kayu, 50 pound minyak petroleum dan 20 pound klorin digunakan untuk menghasilkan lampin pakai buang untuk seorang bayi dalam setahun.
 
2. Faktor Kekeringan dan ruam (Dryness and Rash)

Biasanya, penyebab terbanyak ruam lampin adalah terlebih lembap terkena pada kulit.
Bayi yang baru lahir sehingga umur 1 bulan seharusnya diganti lampin mereka setiap 1-2 jam, manakala 4-5jam bagi bayi berumur lebih dari 1bulan, tidak kira lampin jenis apa yang dipakai oleh bayi-bayi tersebut.

Setidak-tidaknya separuh daripada seluruh bayi-bayi akan mengalami ruam lampin sekurang-kurangnya sekali sepanjang penggunaan lampin pada mereka.
 
Tidak ada perbezaan yang ketara antara penggunaan lampin pakai buang dengan cloth diaper ini jika dikaitkan dengan ruam lampin.

Ada banyak penyebab terjadinya ruam pada bayi, antaranya adalah alahan pada makanan, jangkitan kuman, kulit yang sensitif, maupun iritasi bahan kimia. ruam lampin boleh disebabkan penggantian makanan tambahan baru pada bayi. Beberapa makanan boleh meningkatkan pergerakan usus yang boleh juga menyebabkan iritasi. Pemakanan ibu yang sedang menyusukan bayi juga boleh mempengaruhi najis bayi yang kemudian boleh menyebabkan ruam.

3. Faktor Kos Pembiayaan (Cost)

Menurut kajian, diperkirakan setiap bayi memerlukan lebih kurang 6,000 lampin sejak lahir hingga berumur 2 tahun.

Harga Lampin pakai buang baru-baru ini berkitar dari 50sen sehingga RM1 setiap satu. Malah ada yang lebih mahal. Dalam sehari rata-rata bayi akan menggunakan 4-5 lampin malah ada yang lebih sehingga 7 lampin sehari. 
Katakan sehari kos = 5x RM0.50 = RM2.50,
              sebulan = 30 x RM2.50 = RM75.00
              setahun = 12 x RM75.00 = RM 900.00
Itu kalau sebulan 30hari, kadang-kadang ada lampin pakai buang yang rosak dan sebagainya dalam bungkusan. itu kalau 1= 50sen, bagaimana pula yang harga 1=RM1 atau lebih, yang pakai lebih dari 5x sehari? Itu untuk seorang bayi, kalau anda ada 2,3 atau lebih? Lakukan pengiraan anda. 

Kalau cloth diapers, di pasaran rata-rata setiap satu harga berkitar antara RM15 hingga RM25, malah ada yang lebih murah. Setiap satunya boleh dipakai sehingga 300 kali selepas dicuci.

Katakan anda membeli cloth diapers:
Dalam setahun, bayi anda menggunakan 5 lampin sehari, total setahun = 5 x 365hari = 1,825 lampin
satu cloth diaper dipakai sehingga 250kali, anda hanya perlu 7-8 cloth diaper,
8 x RM 15 = RM 120 , kalau beli 10, selebihnya sebagai spare pun baru = RM150.

RM 150 dibanding dengan RM 900? hmm...

Itu kos beli lampin, belum masuk kos negara membiayai pelupusan bahan buangan dari lampin pakai buang lagi. Beratus-ratus juta ringgit telah habis hanya untuk mengendalikan bahan buangan terdiri daripada lampin pakai buang dalam setahun.  

4. Faktor Kesihatan (Health)

Lampin pakai buang mengandungi Dioxin, sejenis bahan toksik yang biasanya digunakan dalam pelunturan kertas. Ianya adalah bahan kimia karsinogenik (penyebab kanser) yang telah disenaraikan oleh EPA sebagai bahan yang paling toksik yang terkait dengan bahan kimia penyebab kanser. 

Selain itu, lampin pakai buang juga mengandungi Tributyl-tin (TBT) iaitu sejenis toksik pencemaran yang boleh menyebabkan masalah hormon di dalam tubuh manusia & haiwan.

Lampin pakai buang juga mengandungi Sodium polyacrylate, sejenis Super Absorbent Polymer (SAP), yang dahulunya dipakai dalam tampon wanita, yang boleh meningkatkan risiko Sindroma Shock Toksik dengan meningkatkan penyerapan serta membantu pertumbuhan bakteria-bakteria penghasil toksin.

Pada Mei 2000 yang lalu, "Archives of Disease in Childhood" telah membentangkan penelitian mereka yang menunjukkan bahawa peningkatan suhu skrotal (buah zakar) bayi-bayi lelaki yang memakai lampin pakai buang & penggunaan jangka masa panjang boleh menjejaskan, malah merosakkan fisiologi mekanisme penyejukan testikular yang sangat penting untuk proses Spermatogenesis (penghasilan air mani).